Tuesday, July 1, 2008

PHOTO CUTE ANAK RAMLI MS

Kasih sayang seorang ayah… kalau kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah sepanjang masa…


~~petikan dr sensasi selebriti

Sekitar Pelancaran Album Aizat Percubaan Pertama

Pada jam 2.30 petang tanggal 25 Jun 2008 lalu, album pertama Aizat berjudul Percubaan Pertama telah dilancarkan di Restoran Rainforest Sports Bar, tingkat 4 Pavilion. Majlis pelancaran secara santai itu turut disaksikan oleh wakil daripada Rumpun Records Sdn Bhd dan Universal Music Malaysia, Saudara Mujahid (dulunya dari kumpulan Nowseeheart), pengarah Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd iaitu Dato’ Amdan Mat Din serta sanak saudara, peminat Aizat serta media.

Aizat kini tampil dengan bentuk badan yang lebih kurus sedikit. Dari 110kg kepada 86kg? Satu transisi dan metamoforsis baru yang segar bukan satu gimik namun untuk stamina dan kesihatan juga. Terharu dan bangga dengan sokongan daripada famili dan peminat, Aizat juga mahu tenaga dan duit yang dihabiskan untuk album ini berbaloi dengan hasil yang memuaskan.

Aizat sempat menghiburkan hadirin dengan mendendangkan 3 buah lagu iaitu lagu Fikirlah, Hanya Kau Yang Mampu dan Lagu Kita. Turut ditayangkan video klip Hanya Kau Yang Mampu dan Fikirlah.


Sebelum ini, menerusi Kasi Gegar Entertainment, dua buah single telah menambat perhatian ramai peminat iaitu lagu Sahabat dan Hanya Kau Yang Mampu. Sekaligus menaikkan kembali populariti Aizat setelah keluar daripada Akademi Fantasia dan membuktikan bakat Aizat berpotensi besar untuk mewarnai dunia muzik tanahair.

Penghasilan album Percubaan Pertama dari Aizat disokong oleh keluarga di mana 80% lagu adalah diilham dari Aizat dan adik beradiknya sendiri. Minat mendalam dalam bidang muzik telah menyatukan bakat mereka dalam band d’Amdans yang dianggotai oleh Muhammad Amir, Muhammad Amar, Muhammad Anas, Muhammad Aizat, Muhammad Alif dan kakaknya Nur Ili Zuhair.

Mengapa pilih tajuk Percubaan Pertama?
Ianya dipilih kerana variasi dan ciri pertama dalam album ini sesuai dengan album sulung dari Aizat. Juga memuatkan lagu-lagu gubahan Aizat buat pertama kalinya dicipta bersama abang-abangnya. Album ini bakal menguji sejauh mana penerimaan peminat terhadap bakat dan vokal Aizat. Seterusnya, album ini akan membuka jalan dan bakal menjadi platform untuk cubaan seterusnya untuk Aizat.

Konsep Album?
Lagu dalam album ini berunsurkan pop bebas yang sesuai dinikmati oleh semua peringkat umur. Azat sendiri mengubah dan menulis lirik untuk lagu Cintai Diriku dan Lagu Kita. Manakala lagu Selamat Tinggal Akhirnya telah dicipta bersama Anas yang juga pengubah lagu Fikirlah dan Melodi Cinta yang mempertaruhkan bakar abangnya Amar sebagai pencipta.

“Sebenarnya, idea untuk buat lagu sendiri bermula sewaktu abang saya pulang dari luar negara. Sejak balik ke Malaysia, mereka berusaha mencipta lagu dan lirik untuk saya.”

Mengapa ada 8 buah lagu? Tak mahu cukupkan 10 buah lagu? Album ini lahir untuk kepuasan Aizat dalam berkarya. Bukan untuk mengejar anugerah album terbaik atau sebagainya.

Setelah diulang dengar, boleh saya katakan semua irama lagi mempunyai kelainan dari segi alunan yang begitu santai. Lirik pula ditulis secara terus terang dan mudah difahami yang mengandungi mesej positif, romantik dan ada unsur nasihat.

Video Klip Tajaan Hotlink!
Remaja berusia 19 tahun yang kini sedang mengikuti kursus di kolej muzik di Kuala Lumpur berharap supaya album ini dapat diterima oleh peminat. Penerbitan album ini dibiayai sepenuhnya oleh Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd yang merupakan syarikat bersama keluarga Aizat. Juga dengan tajaan daripada Hotlink, dua buah video klip iaitu Fikirlah dan Hanya Kau Yang Mampu telah diterbitkan. Sementara video klip Lagu Kita sedang dalam perancangan.

Peminat boleh mendapatkan album Percubaan Pertama Aizat di kedai CD berhampiran.

Sebanyak lapan buah lagu menjadi pertaruhan Aizat iaitu:

  1. Fikirlah
  2. Hanya Kau Yang Mampu
  3. Lagu Kita
  4. Sahabat
  5. Selamat Tinggal Akhirnya
  6. Cintai Diriku
  7. Melodi Cinta
  8. Hanya Kau Yang Mampu (versi Akustik)

“JANGAN!”

“KATAKAN TAK NAK!”

“SAYANG… HATIKU…”

“AKU GILA… BINGUNG”

Peminat Aizat

Sedap betul puding mangga nih… yummy!


~~petikan dr sensasi selebriti

Monday, June 30, 2008

Gambar Gita Gutawa @ Konsert Cornetto Love Spark

Malam tadi telah berlangsung Konsert Cornetto Love Spark: Mulanya Di Sini di Padang Merbok, Kuala Lumpur. Antara persembahan yang ditunggu-tunggu oleh peminat ialah persembahan daripada penyanyi yang diterbangkan khas dari Seberang iaitu Gita Gutawa. Anak perempuan kepada komposer dan pemuzik terkenal, Erwin Gutawa.

Memulakan pentas dengan lagu duet bersama Dafi, Dua Hati Menjadi Satu iaitu lagu tema Wall’s Cornetto. Selain lagu rancak Bukan Permainan, Gita juga turut menghiburkan peminat dengan lagu Doo Bee Doo dan Sempurna.

Gabungan mantap vokal Gita Gutawa turut bersatu dengan vokal Dafi, Mila dan Stacy dalam lagu Mulanya Di Sini. Memang sedap dan halus suara dia. Selalu Gita menggunakan falsetto untuk trademark nyanyian barangkali.

Tampil dalam tiga persalinan yang direka oleh pereka terkenal daripada Indonesia iaitu Balli, Gita memang nampak comel. Sesuai dengan imej keremajaan yang ceria dan segar.

Gita Gutawa Bersama Kawan Baiknya, Dafi

Comel & Cute

Gita di Sidang Media Selepas Konsert

Besarnya riben dia…

Gita bersama pengacara Awal Ashaari

Ceria Bersama Dafi


~~petikan dr sensasi selebriti

SHOWCASE MADE IN MALAYSIA @ STADIUM LARKIN

Satu showcase ‘MADE IN MALAYSIA’ akan berlangsung pada 20 Julai 2008 di Stadium Larkin. Dianjurkan buat julung kalinya oleh IMS Prima Sdn Bhd, showcase ini diadakan untuk mengembalikan kegemilangan industri muzik Malaysia terutama band-band baru underground atau indie dan mainstream yang kurang mendapat sambutan.

Di Malaysia sebenarnya terdapat banyak band-band yang berkemampuan untuk pergi jauh dalam bidang industri muzik dan mereka jarang diketengahkan. Jadi, dengan adanya sokongan daripada Playerz Sdn Bhd, Komuniti Untuk Semua, radio rasmi Hot FM dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) ini berhasrat untuk membuka mata dan peluang kepada peminat-peminat muzik tanahair untuk sama-sama menyokong pergerakan seni muzik di Malaysia.

Antara band yang terkenal akan membuat persembahan ialah Kristal, Acab, Plaque of Happiness, Meet Uncle Hussain, OAG dan ramai lagi. Ianya dijangka akan mewujudkan satu lagi fenomena pesta muzik terhebat untuk tahun 2008.

Untuk peminat, tiket boleh dibeli pada hari konsert Inul berlangsung iaitu pada 19 Julai 2008. Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi 03=2693 6818.

Tiket akan dijual pada RM10 sahaja sebelum 20 Julai dan pada 20 Julai ianya akan dijual dengan harga RM20.

Mengapa Hujan tidak ada dalam senarai? Mungkin atas sebab tidak mahu tragedi band itu dimaki oleh orang Johor Bahru berulang lagi?

Radhi OAG

Vokalis ACAB

Hos Showcase, Faiza

~~petikan dr sensasi selebriti

Saturday, June 28, 2008

Gambar Anak Melissa Saila

Comelnya anak Melissa Saila ni…

Bersama Atilia


~~sumbangan dr sensasi selebriti

Komen Linda Tentang ‘Cinta’ Fahrin

Hari ini, telah keluar ’statement’ Linda Onn di ruangan Hip - Berita Harian.

Hip: Apa sebenarnya status Linda dan Fahrin ketika ini sebab ramai yang keliru sekarang ini?

Linda: Kami masih lagi berkawan macam dulu. Tidak ada apa yang berlaku cuma kami sudah lama tidak berjumpa dan berhubung. Iyalah, masing-masing sibuk dengan kerjaya. Saya sibuk dengan tugas di studio dan juga perniagaan yang saya jalankan manakala dia pula sibuk di lokasi. Jadi perkara seperti ini membataskan hubungan kami.

Hip: Komen mengenai cerita kononnya Linda dan Fahrin sudah putus cinta?

Linda: Sejak awal lagi sudah saya nyatakan antara saya dan Fahrin hanyalah sekadar kawan biasa dan tidak pernah bercinta. Jadi apabila orang bertanyakan apakah benar kami sudah berpisah, saya sendiri hairan kerana bila masa pula saya dan dia putus cinta sedangkan kami tidak pernah bercinta. Malah sejak kami mula berkawan lagi saya tidak pernah membuat pengakuan kepada sesiapa yang kami adalah pasangan kekasih. Antara kami memang tidak wujud perasaan kasih, sayang dan cinta.

Hip: Selama berkawan dengan Fahrin, takkanlah tidak terdetik di hati mengatakan bahawa lelaki itu adalah jodoh Linda?

Linda: Sepanjang persahabatan saya dengan Fahrin, kami tidak pernah membincangkan perkara itu (jodoh). Kami berkawan seperti saya berkawan dengan orang lain. Dia seorang lelaki yang baik dan saya senang berkawan dengannya. Mungkin takdir menentukan bahawa Fahrin bukan jodoh saya dan kami lebih sesuai untuk menjadi sahabat. Dan sebagai hamba-Nya, saya terima apa yang terbaik buat saya.

Hip: Dalam temu bual bersama Hip, Fahrin ada mengatakan yang usia seperti Linda sudah sepatutnya berumah tangga. Apa komen Linda?

Linda: Buat pengetahuan semua, saya memang sudah lama bersedia untuk berumah tangga. Cuma jodoh saja belum ketemu. Dan saya sentiasa berdoa semoga diri ini bertemu dengan lelaki yang memang saya idam-idamkan. Kalau betul jodoh sudah tiba, biarlah lelaki itu seorang yang lengkap solatnya, mempunyai iman yang kuat, menyayangi Linda dan keluarga serta tidak mengasari saya. Dan Linda cukup bertuah kerana keluarga Linda begitu memahami keadaan Linda dan tidak pernah mendesak. Malah mereka turut mendoakan supaya saya bertemu dengan lelaki yang baik untuk dijadikan suami.

Hip: Ada dakwaan mengatakan, Linda menjadikan Fahrin sebagai ’social escort’ saja untuk menemankan Linda ke sana, ke mari. Betulkah?

Linda: Oh! Tidak langsung. Saya tidak pernah berniat sebegitu. Persahabatan kami berlandaskan kepada keikhlasan. Apabila anda melihat kami keluar bersama itu maknanya hubungan kami sama seperti mereka yang mempunyai kawan iaitu keluar bersama-sama dan bukannya untuk menjadi bahan ‘tayangan’ seperti yang didakwa. Saya bukan orang seperti itu.



~~sumbangan dr sensasi selebriti

Gambar Sekitar Mini Konsert Sorakan Emosi @ Stadium Hang Tuah Melaka

Pada petang tadi telah berlangung Mini Konsert Sorakan Emosi di Stadium Hang Tuah Melaka yang bermula pada jam 5.30 petang

Antara penyanyi yang menghiburkan peminat adalah Nikki, Diddy, Nitrus Flop Poppy,

Selain pelbagai permainan yang menawarkan pelbagai hadiah serta cenderamata, hos program Sorak Borak TV3 turut ramah mesra bersama peminat.

Diddy nyanyi lagu Sana, Lena dan Saat. Manakalah Siti Sarah bawa lagu Tinggal Serpihan, Dejavu Penasaran dan Jangan Kau Mimpi. Flop Poppy bawa lagu Takkan, Santapan Nurani dan Dewi. Nitrusmenghiburkan peminat dengan lagu Kamu, Hujung Dunia, Sisa dan Cinta.


~~sumbangan dr sensasi selebriti

Gambar Selebriti @ Sorakan Emosi Melaka

Mmm… Fahrin Ahmad putus cinta dengan Linda Onn? Kasihannya bila mendengar dan membaca cerita sebegini di akhbar dua tiga hari ini. Budiey sempat juga mendengar cerita dari mulut Fahrin sendiri setelah selesai perlawanan persahabatan antara Sorakan Emosi FC dan Taming Sari FC semalam.

Rasanya, kisah cinta bertepuk sebelah tangan kisah teman tapi mesra, kisah aku cinta kau, kau tak cinta aku, kisah aku rasa aku ini kekasih kau, tetapi kau tak anggap aku ini kekasih kau… realiti biasa yang berlaku dalam setiap kehidupan manusia. Budiey pun pernah mengalami kisah yang sama. Biasalah, hati manusia memang sangat kompleks. Kadang-kadang susah sangat nak difahami.

Apa-apa pun, semoga Fahrin tabah menghadapi segala ujian Tuhan.


~~sumbangan dr sensasi selebriti

Sneak Preview Pelancaran Album Aizat Percubaan Pertama

Sekarang ini sedang berlangsung pelancaran album Aizat berjudul Percubaan Pertama di Rainforest Sports Bar, Tingkat 4 Pavilion, Kuala Lumpur yang bermula pada jam 2.30 petang.

Ini gambar Aizat buat rehearsal & sound check sebelum majlis bermula. Mmm… semakin kurus Aizat sekarang nih.


~~sumbangan dr sensasi selebriti

SESI PANDU UJI TOYOTA VIOS… MMM… MENGANCAM DAN MENGHAIRAHKAN!

Siapa kata menjadi seorang penulis blog sepenuh masa tidak mampu memiliki sebuah kereta? Seperti orang lain, Budiey juga mahu memiliki sebuah kereta yang selesa dengan rekaan yang fresh dan bergaya! Jadi, senanglah nanti nak bergerak ke sana ke mari. Barulah senang untuk ke sidang media, acara, konsert dan sebagainya.

Sekarang tengah berfikir-fikir jugak ni, kereta mana yang menarik untuk dibeli. Kriteria yang utama, mestilah ada gaya, design yang cantik, reka bentuk urban, mencerminkan jiwa muda yang menghairahkan… dan sudah tentu ianya, mampu dimiliki.

Pilihan pertama, Budiey kira Toyota Vios… sebab Toyota Vios ni kereta paling sesuai dengan jiwa dan gaya hidup Budiey yang sentiasa sibuk mengejar bahan berita.

Budiey ada dengar, lebih 100,000 buah kereta Toyota Vios sudah terjual di seluruh Malaysia. Memang laris kan? Faktor laris ni jugak antara faktor utama Budiey teringin sangat nak memiliki Toyota Vios ni.

Pada 18 Jun lalu, selesai Previu Filem Doomsday, Budiey telah melawat showroom Toyota Vios yang terletak di Bangsar, Kuala Lumpur.

Sesampai di showroom, Budiey terus dilayan dengan mesra oleh jurujual. Banyak info yang Budiey dapat untuk dijadikan perbandingan dengan kereta model yang lain. Ternyata VIOS sangat memikat hati!

Budiey diperkenalkan dengan beberapa model Toyota Vios iaitu tiga siri iaitu 1.5S, 1.5G dan 1.5E.

1.5S

1.5E

1.5G

Wow! Saat menyentuh kereta ni, memang Budiey telan air liur sebab rekaan dalaman serta luarannya memang solid dan menarik. Warna pun menawan. Kalau dapat beli kereta Toyota Vios ni memang akan rasa bangga dan rasa puas hati sangat-sangat, kan?

Mengikut jurujual tu, kereta Toyota Vios direka sesuai untuk keselamatan dan juga sesuai dengan gaya hidup orang muda. Apatah lagi, Vios ni juga sangat padan dengan karakter orang muda yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk kehidupan yang sempurna. Fuh meletop!

Tengoklah sendiri, tempat duduknya sangat luas dan selesa.

Dashboardnya juga tampak begitu sporty dan stylish. Memang urban habis!

Untuk audio systemnya, ada 6 speaker yang berintegrasi dengan dashboard. Cukup lengkap dengan Tuner, CD, WMA, pemain MP3 dan Auto Sound Levelling (ASL) di mana sistem audio boleh dikawal mengikut kelajuan kereta. Termasuklah boleh dikawal di stering kereta mengikut kemahuan pemgguna.

Ketika sesi pandu uji, Budiey dapat rasakan memang kereta Toyota Vios ini antara yang terbaik untuk dimiliki oleh semua peringkat usia. Tak dapat dinafikan lagi, dengan gaya sporty dan lebih moden ini, Toyata Vios menarik ramai golongan muda untuk memiliki.

Sebelum ni pun, ramai orang bertanya pada Budiey bagaimana untuk sentiasa kelihatan muda dan ceria. Sebenarnya, cantik, kacak dan muda… semua sifat ini sangat subjektif. Mungkin menukar gaya pakaian tidak cukup. Kalau mahu lebih muda, kita perlu ubah penampilan dengan gaya yang elegan dan segar. Pendek kata, untuk penampilan lebih muda, perlulah berjiwa muda. Betul tak?

Sebenarnya, untuk jadikan kita ni berjiwa muda tidak semestinya kita memiliki paras rupa yang muda dan segar. Kadang-kadang orang yang berusia 40 tahun pun boleh nampak macam 30 tahun, kalau kena cara lah kan?

Bagi Budiey, memiliki sebuah kereta Toyata Vios sudah boleh mencipta keremajaan dalam diri. Patutlah ramai yang cakap, Toyota VIOS ni memang sesuai untuk orang muda. Tak kira perempuan atau lelaki, semua akan suka punya. Ramai yang mengidam nak dapatkan Toyota Vios sebab kereta bercirikan moden ini ada ‘chemistry’ atau keserasian dengan pemiliknya.

Menarik + Bertenaga = VIOS

Sekali mata memandang, pasti akan terdetik di hati dengan rasa GHAIRAH untuk memilikinya.

Kalau dapat beli kereta Toyota Vios ni mesti happening, kan? Kemana sahaja anda mahu pergi, Toyota VIOS ni rasanya juga senang nak dijaga. Nak gi shopping? Mahu ke clubbing? Mahu bersuka ria dan berparty? Mahu lepak bersama kawan-kawan? Toyota Vios akan membawa kita kemana jua.

Kata jurujual tu lagi, dengan ciri-ciri menarik dan fungsi yang lebih lengkap dan cerdas, Toyota Vios setakat ini punya tenaga serta energy lebih besar dan lebih diidamkan oleh si penggemar kereta. Tidak hairan jika Toyota Vios disebut ‘Desirable!’

Toyota VIOS memang BEST!

SEDIKIT INFO TENTANG TOYOTA VIOS
Generasi kedua VIOS telah dilancarkan pada bulan Oktober 2007 dengan memperkenalkan tiga siri iaitu 1.5S, 1.5G dan 1.5E. Samada anda percaya atau tidak, lebih 100,000 buah kereta Toyata Vios telah pun dijual di Malaysia sejak generasi pertama dan kedua Vios diperkenalkan. Kalau dilihat pada kereta Vios itu sendiri dikuasakan dengan 1NZ-FE 1.5 liter enjin dengan VVT-i.

TOYOTA Vios, model paling laris UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah dimiliki lebih 100,000 orang pemilik kereta di seluruh Malaysia. Seterusnya menjadikan antara kereta paling digemari. Budiey kira ianya satu angka yang sangat memberangsangkan.



~~sumbangan dari sensasi selebriti

Drama Romeo Arahan Aziz M. Osman di TV3

Apakah perasaan anda apabila bangun dari tidur pada suatu hari, anda mendapati yang anda berada di zaman lain yang amat asing bagi anda? Inilah kisah yang bakal dipertaruhkan oleh Aziz M. Osman dalam siri terbarunya ’Romeo’ yang bakal menemui penonton TV3 tidak lama lagi.

Siri yang dibintangi oleh Isma Aliff, Riezman Khuzaimi, Shamsul Ghau Ghau, Zila Bakarin, Sheila Mambo, Erin dan Adruce ini mengisahkan Romi yang bercita-cita hendak menjadi seperti John Travolta pada tahun 70-an bersaing dengan musuhnya Jefri untuk merebut gadis pujaan mereka Musliha.

Romi telah mencabar Jefri dalam pertandingan tarian dan memenanginya, namum malang menimpa apabila lampu disko jatuh menimpa kepalanya menyebabkan dia koma. Apabila terjaga dia mendapati dirinya sudah berusia 48 tahun dan berada pada zaman moden. Bagaimanakah dia menghadapinya?

Satu sidang media drama ini akan berlangsung pada minggu hadapan.

~~sumbangan dr sensasi selebriti



Friday, June 20, 2008

Drama Ali Din Lakonan Fazren Rafi, Umie Nazira, Hans Isaac, Vanidah Imran

TV3 akan menghidangkan satu lagi slot terbaru di TV3 – Lagenda yang akan memperkenalkan drama bersiri yang pertama berjudul Ali Din.

Ali Din merupakan sebuah drama versi moden yang diadaptasi daripada kisah dongeng rakyat Aladdin tetapi diolah dan diberikan nafas baru. Ali Din akan menemui penonton TV3 mulai 23 Jun 2008, jam 4.30 petang, setiap hari Isnin hingga Khamis.

Ali Din dibintangi oleh Fazren Rafi, Umie Nazira, Hans Isaac, Vanidah Imran, Datuk Aziz Satar, Shaheizy Sam dan ramai lagi. Ali Din merupakan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang hidup di dalam kemiskinan bersama ibunya. Tanpa pengetahuannya dia merupakan satu-satunya pewaris kepada Sheikh Mahfuz.

Satu sidang media pelancaran drama ini akan diadakan pada petang ini.



~~sumbangan dr sensasi selebriti

Sekitar Majlis Pelancaran Filem Syurga Cinta

Posted: 19 Jun 2008 04:29 AM CDT

Pada jam 4.30 petang tadi telah berlangsung Majlis Pelancaran Dan Doa Selamat Memulakan Pengambaran Filem Syurga Cinta di Restoran The Lemon, The Mines, Sri Kembangan.

Selain penerbit Encik David Teo, turut hadir, barisan para pelakon seperti Awal Ashaari, Heliza AF5, pelakon kanak-kanak; Hadziq dan Wazata Zain.

Filem ke-29 terbitan Metrowealth MIG ini dilancarkan dengan tema Islamik dan berunsur keagamaan di dalam acuan kisah cinta remaja masa kini. Ini mengingatkan Budiey dengan filem pertama berjudul Syukur 21 yang juga sebuah filem berunsurkan Islamik.

Skrip Syurga Cinta dihasilkan oleh Panel Skrip MIG berasaskan konsep oleh David Teo dan akan diarahkan oleh Ahmad Idham.

Satu inisiatif yang positif untuk memaparkan tema Islamik sebagai medium untuk memberi pengajaran kepada masyarakat. Cara begini dapat mengimbangi pelbagai medium lain yang dilihat mampu memberikan satu mesej yang positif. Kebimbangan terhadap gejala sosial menjadi salah satu agenda terpenting negara untuk menangani dan usaha MIG ini hanyalah sekadar tempelan untuk menjayakan usaha tersebut.

Syurga Cinta akan mengupas kehidupan dua orang Melayu Islam dengan dua akidah atau pegangan yang jauh berbeza. Seorang lelaki remaja yang mengamalkan gaya hidup barat bertemu dengan seorang gadis yang masih teguh mempertahan keimanan kepada Islam dan nilai-nilai ketimuran.

Ahmad Idham menjelaskan tentang spekulasi filem ini yang digembar-gemburkan di media yang menyamakan filem ini dengan filem Yasmin Ahmad. Menurut Ahmad Idham, sebenarnya filem ini tidak melibatkan sebarang hubungan cinta antara pasangan kekasih berbangsa Cina dengan orang Islam. Ianya tidak menjurus kepada dakwah yang terlalu berat dan ianya memperjelaskan tentang apa itu aqidah yang sebenarnya.

Ahmad Idham sebagai pengarah

Ahmad Idham mahu memaparkan dua kisah dua insan yang berlainan latar belakang dalam sebuah filem cinta. Filem ini lebih menekankan kepada budaya dan gaya hidup remaja dan filem ini akan membawa satu mesej tentang sejauh mana gaya hidup Islam dalam kehidupan remaja. Lebih kepada kesedaran dan pembentukan sakhsiah diri sebagai orang Islam.


Ramai yang kata David Teo sudah tidak berani atau serik untuk menerbitkan filem bergenre Islamik lantaran filem Syukur 21 tidak mendapat sambutan. Bukan serik tetapi menurut David Teo, beliau belum menemui skrip yang bermutu untuk diketengahkan.

Filem ini dilakonkan oleh Awal Ashaari, Fizz Fairuz, Azizah Mahzan dan memperkenalkan bintang Akademi Fantasia Heliza AF5 dan kanak-kanak yang dicungkil bakat melalui siri Tom Tom Bak iaitu Hadziq yang berusia 8 tahun.

Pemilihan pelakon dibuat berdasarkan kesesuaian watak dan kehendak skrip selain menyediakan barisan pelakon pelapis untuk industri filem Malaysia di masa akan datang.

Gambar Terbaru Heliza AF5 @ Sesi Pembacaan Skrip Filem Syurga Cinta

Posted: 19 Jun 2008 02:15 AM CDT

Sekarang ini (jam 3.30 petang), sedang berlangsung sesi script reading untuk filem Syurga Cinta di Restoran The Lemon, The Mines, Sri Kembangan. Sekejap lagi akan berlangsung majlis pelancaran dan doa selamat memulakan Pengambaran Filem Syurga Cinta.

Turut berada di sini, beberapa pelakon utama filem ini yang iaitu Awal Ashaari yang akan memegang watak Irham (tahniah la Awal, rezeki ko semakin murah sekarang nih), Heliza pula akan bawa watak Syuhadah; gadis bertudung dan guru agama yang baru sahaja keluar dari Universiti dan Hadziq; kanak-kanak program Tom Tom Bak.

Budiey nak ucapkan TAHNIAH la kepada Heliza sebab dapat tawaran berlakon filem. Ini adalah filem pertama Heliza di mana Heliza mendapat watak dan peran utama untuk filem. Ironinya, filem ini diterbitkan oleh MIG Production Sdn Bhd. Pengambaran filem ini akan bermula pada 24 Julai ini di sekitar Lembah Kelang.

Watak SYUHADAH (Heliza AF5)
Gadis berumur awal 20-an. Seorang guru agama bersifat penyabar, mudah memaafkan serta memberi orang peluang. Dibesarkan dengan penuh didikan agama oleh datuk dan arwah neneknya. Watak gadis bertudung yang bukan sahaja ayu tetapi terserlah dengan sifat muslimah sejati. Hobinya suka membaca dan menambahkan pengetahuannya tentang agama.




~~sumbangan dr sensasi selebriti